RSS

Minum Ikut Sunah Rasulullah

02 Jul

RASULULLAH SAW amat menyukai minuman madu yang dicampur dengan air sejuk. la bukan semata-mata lazat tetapi juga sebagai salah satu amalan kesihatan. Rasulullah juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi selain minum air yang telah disimpan semalaman dalam sebuah bekas.

Antara khasiat amalan-amalan ini adalah:
• Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
• Mencuci perut.
• Membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
• Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
• Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa:
“Di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk.” Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendam buah tamar).
Di dalam satu doa, Rasulullah ada menyebut: “Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk.” Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.
Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan sekaligus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Adab Minum
• Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
• Bacalah ‘Bismillah’.
• Minum dengan tiga nafas.
• Minum dalam keadaan duduk.
• Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
• Setiap kali berhenti minum (pada setiap pemafasan), bacalah ‘Alhamdulillah’.
• Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
• Minum dari baki air yang telah dimmum oleh orang lain, hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
• Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

 
Leave a comment

Posted by on July 2, 2013 in Sunnah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: